Friday, March 6, 2009

SLUMDOG MILLIONAIRE


DEV PATEL AND FREIDA PINTO


filem slumdog ini merupakan sebuah hasil filem kerjasama 2 buah negara iaitu britian dan india dimana mengangkat nama danny doyle dari britian sebagai pengarah berjaya dan loveleen tandan sbg penolong pengarah. Dalam pesta oscar yang berlansung di los angles yang lepas, di mana menyaksikan filem ini memenangi 8 anugerah dalam majlis tersebut. Hampir kesemua pelakon dalam filemini merupakan muka-muka baru dalam dunia lakonan hari ini. Untuk pengetahuan semua, pembikinan filem ini diadakan di india iaitu di sebuah penempatan kampung setinggan yang paling besar di asia.


sinopsis daripada filem ini mengisahkan seorang pemuda miskin berumur 18 tahun di Mumbai yang menjadi pemenang kuiz Who Wants to Be a Millionaire.


selain itu, yang menarik lagi dalam filem ini ialah cara bagaimana cerita dalam filem ini cuba disampaikan ke pada khalayak dengan cara yang paling kreatif dan menakjudkan. filem ini sebenarnya tidak mengikut kronologi cerita, tetapi mereka mampu menyampaikannya dengan penuh berjaya sekali. hal ini kerana mereka dapat mengatur dan menggabungkan bahagian flash back, dengan peristiwa yang sedang berlaku. jadi, tidak keterlaluan apabila saya mengatakan bahawa filem ini adalah berlainan daripada filem2 yang lain kerana cara penyampian, peyuntingan cerita, penata cahaya dan bunyi, kronologi cerita, dan barisan pelakon yang sangat mantap dan kreatif sekali dipersembahkan.


setakat ini, filem ini telah merai lebih AS$200 juta (RM743.5 juta) diseluruh pawagam di seluruh dunia....


bagi saya, pemilihan pelakon juga sangat tepat kerana menepati setiap watak yang dibawakan oleh mereka. meskipun, mereka tidak mempunyai pengalaman dalam lakonan namun, kejayaan filem ini membuktikan bahawa mereka mempunyai bakat yang terpendam sebenarnya. dan bakat ini haruslah diasah dan digilap agar terus bersinar dan berjaya pada masa akan datang.


jadi, saranan saya, tontonilah filem slumdog millionaire....anda pasti merasa puas dan teruja selepas menonton cerita ini....

No comments:

Post a Comment