Friday, March 6, 2009

SLUMDOG MILLIONAIRE


DEV PATEL AND FREIDA PINTO


filem slumdog ini merupakan sebuah hasil filem kerjasama 2 buah negara iaitu britian dan india dimana mengangkat nama danny doyle dari britian sebagai pengarah berjaya dan loveleen tandan sbg penolong pengarah. Dalam pesta oscar yang berlansung di los angles yang lepas, di mana menyaksikan filem ini memenangi 8 anugerah dalam majlis tersebut. Hampir kesemua pelakon dalam filemini merupakan muka-muka baru dalam dunia lakonan hari ini. Untuk pengetahuan semua, pembikinan filem ini diadakan di india iaitu di sebuah penempatan kampung setinggan yang paling besar di asia.


sinopsis daripada filem ini mengisahkan seorang pemuda miskin berumur 18 tahun di Mumbai yang menjadi pemenang kuiz Who Wants to Be a Millionaire.


selain itu, yang menarik lagi dalam filem ini ialah cara bagaimana cerita dalam filem ini cuba disampaikan ke pada khalayak dengan cara yang paling kreatif dan menakjudkan. filem ini sebenarnya tidak mengikut kronologi cerita, tetapi mereka mampu menyampaikannya dengan penuh berjaya sekali. hal ini kerana mereka dapat mengatur dan menggabungkan bahagian flash back, dengan peristiwa yang sedang berlaku. jadi, tidak keterlaluan apabila saya mengatakan bahawa filem ini adalah berlainan daripada filem2 yang lain kerana cara penyampian, peyuntingan cerita, penata cahaya dan bunyi, kronologi cerita, dan barisan pelakon yang sangat mantap dan kreatif sekali dipersembahkan.


setakat ini, filem ini telah merai lebih AS$200 juta (RM743.5 juta) diseluruh pawagam di seluruh dunia....


bagi saya, pemilihan pelakon juga sangat tepat kerana menepati setiap watak yang dibawakan oleh mereka. meskipun, mereka tidak mempunyai pengalaman dalam lakonan namun, kejayaan filem ini membuktikan bahawa mereka mempunyai bakat yang terpendam sebenarnya. dan bakat ini haruslah diasah dan digilap agar terus bersinar dan berjaya pada masa akan datang.


jadi, saranan saya, tontonilah filem slumdog millionaire....anda pasti merasa puas dan teruja selepas menonton cerita ini....

Tuesday, March 3, 2009

mungkin 3x juara dlm 1 musim


CHRISTIANO RONALDO
MANCHESTER UNITED

wow..nampaknya MU akan menggondol secara rata setiap liga yang akan dipertandingkan pada musim iaitu LIGA PERDANA ENGLAND @ EPL, LIGA JUARA-JUARA dan PIALA LIGA.....dimana petanda sudah ada selepas mereka menjuarai Piala Liga dengan menewaskan Tottenham Hotspur 4-1 menerusi sepakan penalti selepas mereka seri 0-0 walaupun diberi extra time.....jadi, MU hanya perlu berusaha lg demi 2 baki pertandingan lepas ini..dalam carta EPL, MU tlh memungut sebanyak 62 mata setakat ini dimana mrk menduduki carta teratas liga tersebut...


melihat kepada bintang muda MU iaitu cristiano ronaldo, beliau lah yg banyak berusaha demi kemenangan ini...semasa beraksi dipadang, beliau selalu di kawal dgn begitu ketat sekali oleh pihak lawan.....sepertimana yg kita ketahui, beliau sebelum ini pernah meluahkan hasratnya utk berpindah ke kelab gergasi iaitu REAL MADRID namun, akhirnya beliau bertahan juga di MU..sy yakin, tanpa beliau di MU, terlalu sukat bagi kelab ini utk merangkul kemenangan sedemikian rupa..kakakakhhh...apatah lagi, kelab MU dan beliau mampu mengumpul dan mempunyai peminat yg berlambak-lambak dan berjuta-juta diserata dunia...hampir kesluruhan peminat-peminat bola setakat ini, merupakan MU fan...kkkakakakakahhhhh...wow.!!!!..amazing..!!!..how did they do it???...realty nya, populariti MU sememangya sgt MANTAP dan MENGHAIRANKAN...
mu..mu...mu....








Monday, March 2, 2009

KEPUTUSAN LIGA PERDANA ENGLAND 2009

i

glory MU...

ONCE AGAIN.....Piala Liga kali ini milik Manchester United.
Begitupun, usaha mereka untuk menjulang gelaran juara tidak dicapai dengan mudah kerana terpaksa berjuang sehingga ke masa tambahan selepas seri tanpa jaringan sebaik masa perlawanan sebenar tamat.

Pada masa tambahan, skuad bimbingan Alex Ferguson itu tetap sukar untuk meloloskan diri kerana tidak diberi ruang oleh pemain Spurs.

Kemenangan hanya ditentukan menerusi sepakan penalti yang menyaksikan United menang 4-1.

Wira perlawanan akhir itu sudah pastinya penjaga gol United, Ben Foster apabila menyelamatkan sepakan penalti pertama Spurs menerusi Jamie O’Hara.

David Bentley pula gagal menyempurnakan sepakan penalti ketiga Spurs sebelum Anderson memastikan kemenangan bergaya buat United.

Sebelum itu, Ryan Giggs, Carlos Tevez dan Cristiano Ronaldo juga menyempurnakan tugas mereka bagi mengesahkan kemenangan mereka pada perlawanan akhir itu.

Ini merupakan kejayaan ketiga United pada Piala Liga dan kali terakhir melakukannya ialah pada tahun 1992 dan 2006.

Dengan kejayaan itu, United kini telah mendakap dua kejuaraan musim ini selepas menjuarai Kejohanan Kelab Piala Dunia, Disember tahun lalu.

Bagi Spurs, kekalahan itu bermakna mereka gagal mempertahankan gelaran yang dimenangi tahun lalu selepas menewaskan Chelsea 2-1 pada perlawanan akhir.